The official IELTS by IDP app is here! Download it today.

Close

Berpindah ke negara baharu mungkin merupakan sesuatu yang mencabar. Namun, jika anda mempunyai maklumat yang betul dari awal lagi, peralihan boleh menjadi lebih lancar. Ekonomi UK yang berkembang maju, sistem pendidikan dan penjagaan kesihatan yang canggih serta kepelbagaian budaya yang kaya menjadikannya pilihan pertama bagi mereka yang ingin berpindah ke luar negara.  

Terdapat satu perubahan Visa dan Imigresen UK yang berkuatkuasa pada bulan Disember 2019. Sekiranya anda berfikir untuk berpindah, bekerja atau belajar di UK, baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana IELTS iaitu Ujian Bahasa Inggeris Sah (SELT) yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri UK dapat merealisasikan impian anda serta tentang kehidupan di UK.

Belajar di UK

UK menjadi lokasi beberapa buah universiti terbaik di dunia,  termasuk Oxford, Cambridge dan universiti-universiti yang kurang mendapat publisiti seperti University of Edinburgh. Sekiranya anda ingin belajar di UK, anda pasti senang hati kerana kebanyakan universiti dan kolej British menerima keputusan ujian IELTS Akademik untuk UKVI  . Lihat halaman Organisasi mana yang menerima markah IELTS  untuk maklumat lebih lanjut mengenai markah IELTS yang anda perlukan untuk belajar di institusi tertentu. Senarai semak visa Kerajaan UK  juga berguna bagi menentukan jika ujian IELTS untuk UKVI sesuai untuk anda.

Berhijrah ke UK

Sekiranya anda mahu berpindah ke UK bukan atas sebab kerja atau belajar tetapi anda ingin ke UK sebagai suami atau isteri, pasangan atau ibu bapa, anda mungkin perlu membuktikan kemahiran Bahasa Inggeris anda. Dan dalam kes ini, ujian IELTS Kemahiran Hidup  mungkin merupakan ujian yang perlu anda ambil. Untuk pengesahan, sila rujuk Senarai semak visa Kerajaan UK .

Bekerja di UK

Ingin bekerja di UK dan mengetahui cara hidup seperti orang tempatan? Kementerian Dalam Negeri UK mempunyai satu set senarai pekerjaan yang terdapat kekosongan . Jadi, jika anda seorang jurutera atau saintis dan ingin berpindah ke UK, anda mungkin bernasib baik. Pekerjaan lain yang terdapat di dalam senarai buat masa ini termasuk:  

  • Ahli geologi 

  • Ahli hidrogeologi 

  • Ahli sains biologi  

  • Ahli biokimia  

  • Jurutera awam  

  • Pereka sistem  

  • Jururawat 

Sekiranya anda ingin berkhidmat dalam bidang perubatan di UK, Majlis Perubatan Am (GMC) dan Majlis Kejururawatan dan Kebidanan (NMC) menerima markah ujian IELTS Akademik untuk UKVI. Bagi tujuan bekerja di UK pula, anda kini boleh menggunakan satu ujian bahasa Inggeris untuk permohonan visa UK anda. Lawati laman web GMC  dan laman web NMC  untuk maklumat terkini mengenai syarat Bahasa Inggeris yang diperlukan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai syarat Visa UK, kunjungi laman web imigresen UK .

Markah IELTS yang anda perlukan akan berbeza-beza bergantung pada pekerjaan yang dimaksudkan. Lihat senarai semak visa Kerajaan UK  untuk mengetahui visa dan ujian IELTS untuk UKVI mana yang diperlukan bagi anda.

Kita telah melihat jenis-jenis ujian IELTS untuk UKVI yang dapat membantu anda berpindah ke UK. Mari kita lihat dengan lebih mendalam cara kehidupan harian di sana.

Keseronokan di UK

UK ialah ekonomi keenam terbesar di dunia dengan London sebagai pusat ekonomi. UK mempunyai pelbagai budaya, oleh itu mudah untuk mencari makanan enak walau di ceruk mana anda berada. Sekiranya anda sukakan masakan Inggeris yang enak, anda wajib mencuba hidangan ikan dan kentang goreng di tepi pantai Brighton yang penuh dengan pantai yang dikelilingi batu-batu.  

Infrastruktur yang menyambungkan kawasan-kawasan di UK memudahkan perjalanan  di seluruh  negara dan ke luar negara. Istana yang menakjubkan, rumah-rumah bersejarah, pub-pub yang menarik dan muzik yang diminati, acara-acara seni serta teater membuatkan anda tidak akan berasa bosan. Laman web lawati Great Britain  menawarkan pelbagai inspirasi untuk melancong di UK.

Penjagaan kesihatan di UK

Beralih ke topik yang lebih serius, UK mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang baik yang dikenali sebagai Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) . Pelajar antarabangsa, misalnya, dapat mengakses NHS dengan mudah setelah membayar Surcaj Kesihatan Antarabangsa (IHS). Anda boleh menggunakan kalkulator surcaj kesihatan imigresen kerajaan untuk mengetahui jika anda dikenakan surcaj dan jumlah yang mungkin perlu dibayar.

Siapa yang memerlukan IELTS untuk UKVI

IELTS untuk UKVI ialah ujian Bahasa Inggeris Sah (SELT) yang diluluskan untuk permohonan visa ke UK. Anda memerlukan markah ujian Bahasa Inggeris yang sah untuk Visa UK bagi tujuan pengajian, bekerja atau berhijrah ke UK. Sekiranya anda ingin mendapatkan Visa UK untuk Suami atau Isteri, anda memerlukan markah IELTS untuk UKVI yang sah.

Ujian IELTS mana yang terbaik untuk saya

Saya pasti anda tertanya-tanya, ujian IELTS untuk UKVI manakah yang terbaik untuk saya? IELTS untuk UKVI mempunyai beberapa pilihan ujian yang tersedia.  Bergantung pada visa yang anda perlukan, anda boleh menduduki mana-mana ujian berikut:  

  • IELTS Akademik untuk UKVI  

  • IELTS Latihan Am untuk UKVI  

  • IELTS Kemahiran Hidup A1  

  • IELTS Kemahiran Hidup A2

  • IELTS Kemahiran Hidup B1  

Jangan lupa untuk pastikan ujian IELTS mana yang diperlukan bagi tujuan anda. Senarai semak visa Kerajaan UK  membantu memastikan jika anda perlu mengambil ujian Bahasa Inggeris yang diluluskan, jalur markah yang perlu anda capai dan ujian IELTS mana yang perlu anda ambil.  

Untuk bahan persediaan IELTS , sertai IELTS Masterclass, lengkapkan IELTS Progress Check untuk melihat prestasi anda atau rujuk bahan latihan IELTS. 

Apakah jenis-jenis ujian IELTS untuk UKVI yang boleh anda ambil

Akademik, Am dan Kemahiran Hidup ialah tiga jenis ujian IELTS untuk UKVI yang sedia ada buat masa sekarang. 

Test type

Who needs to take it?

IELTS Academic

  • Applicable for test takers who want to study at Undergraduate or Post-graduate levels in the UK.

  • Applicable for test takers who seek professional registration in the UK.

IELTS General Training

  • Applicable for test takers willing to migrate to the UK under certain visa categories.

  • Applicable for test takers who want to train or study below degree level.

IELTS Life Skills A1

Applicable for test takers who want to apply for ‘family of settled person’ visas.

IELTS Life Skills A2

Applicable for test takers who want to apply for an extension to family, spouse or partner visa.

IELTS Life Skills B1

Applicable for test takers who want to apply for indefinite leave to remain or citizenship.

Menggunakan keputusan ujian IELTS untuk UKVI anda

Anda mesti mengambil ujian IELTS untuk UKVI untuk memohon visa ke UK. Markah ujian IELTS Latihan Am untuk UKVI atau Akademik IELTS untuk UKVI boleh digunakan untuk memohon visa bagi tujuan belajar, bekerja atau migrasi ke seluruh dunia. Bagaimanapun, anda tidak boleh menggunakan markah ujian IELTS Latihan Am atau Akademik IELTS untuk memohon Visa UK.

Anda mungkin bertanya, apakah perbezaan antara ujian IELTS dan ujian IELTS untuk UKVI? Ujian IELTS untuk UKVI diambil di pusat ujian UKVI yang diluluskan dan mesti memenuhi syarat pentadbiran yang digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri UK. Untuk menunjukkan bahawa ujian itu diambil di pusat ujian UKVI yang diluluskan, Borang Laporan Ujian (TRF) akan kelihatan sedikit berbeza. Meskipun begitu, format ujian IELTS untuk UKVI adalah sama dengan ujian IELTS lain: kandungan, format, pemarkahan dan tahap kesukaran.

Imigresen dan undang-undang

Undang-undang berkaitan imigresen di UK sering berubah. Adalah penting untuk menyemak perubahan yang mungkin terpakai bagi anda di laman web Visa dan Imigresen UK  . Sekiranya anda berminat untuk memperoleh visa pelajar UK, visa kerja atau ingin menjadi pemastautin tetap, anda perlu memfailkan permohonan dengan Jabatan Visa dan Imigresen UK. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan sokongan daripada peguam atau ejen migrasi. Anda juga mungkin dapat memperoleh nasihat percuma untuk visa pelajar