The official IELTS by IDP app is here! Download it today.

Close

Sekiranya anda telah menempah ujian IELTS tetapi tidak pasti cara untuk memulakan persediaan anda, baca 6 langkah mudah ini bagi menolong anda bersedia untuk IELTS dengan sewajarnya.

Langkah 1: Pilih ujian IELTS yang tepat

Ujian IELTS yang anda harus ambil bergantung pada sama ada anda ingin belajar, bekerja atau berhijrah ke negara yang berbahasa Inggeris.

Sekiranya anda merancang untuk belajar di institusi pengajian tinggi atau memperoleh pendaftaran profesional di negara yang berbahasa Inggeris, anda mungkin perlu mengambil ujian IELTS Akademik.

Sebaliknya, anda perlu menduduki ujian IELTS Latihan Am jika anda merancang untuk belajar di institusi pengajian tinggi, menjalani latihan vokasional atau ingin berhijrah ke Australia, New Zealand, Kanada atau UK.

Selain itu, terdapat juga keperluan eksklusif untuk UK yang memerlukan anda mengambil ujian IELTS Kemahiran Hidup jika anda ingin:

  • Memohon visa keluarga pemastautin tetap

  • Memohon pelanjutan visa keluarga, suami isteri atau pasangan

  • Memohon status pemastautin tetap UK atau kerakyatan

  • Belajar di peringkat siswa atau pascasiswazah di UK

  • Memohon pendaftaran profesional di UK

  Halaman ujian IELTS Kemahiran Hidup kami menghuraikan ujian IELTS Kemahiran Hidup yang anda mungkin perlu ambil bergantung pada situasi anda.

Langkah 2: Biasakan diri dengan ujian

Setelah anda menentukan ujian IELTS yang perlu anda ambil, dapatkan maklumat lanjut, termasuk format ujian, bahagian ujian dan jenis-jenis soalan. Setelah anda memahami format ujian dan jenis soalan, buat persediaan untuk hari ujian dengan melengkapkan ujian latihan IELTS.

Ujian IELTS terdiri daripada empat bahagian - Pertuturan, Membaca, Mendengar dan Penulisan. Setiap bahagian ujian IELTS mengandungi tugasan yang berbeza.

Anda perlu mengetahui lebih lanjut tentang IELTS, kemahiran yang diuji dan cara mentakrif keputusan IELTS.

Setelah anda mendapat lebih banyak maklumat mengenai IELTS, anda harus memutuskan ujian yang lebih sesuai untuk anda, iaitu sama ada Akademik atau Latihan Am.

Langkah 3: Pelajari tentang jenis-jenis soalan

Kedua-dua ujian IELTS Akademik dan Latihan Am terdiri daripada 4 bahagian ujian - Mendengar, Membaca, Penulisan dan Pertuturan. Jenis soalan dalam setiap bahagian ujian adalah berbeza.

Ketahui jenis soalan yang mungkin anda temui dalam setiap bahagian ujian serta masa yang diperuntukkan bagi melengkapkan ujian Mendengar, Membaca, Penulisan dan Pertuturan. Dan muat turun ujian latihan percuma untuk membiasakan diri anda dengan jenis-jenis soalan yang berbeza ini.

  Halaman persediaan kami mengandungi beberapa sumber yang sangat baik untuk membantu anda.

Langkah 4: Fahami jalur markah

Keputusan IELTS anda dilaporkan sebagai jalur markahyang skalanya merangkumi jalur 0 hingga jalur 9. Setiap jalur markah adalah berpadanan dengan tahap kecekapan Bahasa Inggeris yang tertentu. Anda akan diberi jalur markah keseluruhan dan juga jalur markah individu untuk setiap bahagian ujian. Jalur markah dicatat sebagai jalur markah keseluruhan atau separa, contohnya 7.0, 8.5.

Anda dinasihatkan untuk mengetahui takrifan setiap markah dan kriteria pemarkahan yang digunakan oleh pemeriksa untuk ujian Pertuturan dan Penulisan.

  Halaman Cara IELTS ditanda kami mengandungi beberapa maklumat yang bagus untuk anda jadikan sebagai panduan.

Langkah 5: Belajar dan tetapkan matlamat

Adalah penting untuk belajar sebagai persediaan untuk ujian IELTS anda. Oleh itu, biasakan mengguna Bahasa Inggeris hingga menjelangnya ujian anda. Menetapkan matlamat belajar yang mudah dapat membantu dalam persediaan anda untuk menghadapi IELTS.

Beberapa matlamat yang anda mungkin mahu pertimbangkan:

Fahami jalur markah

Setiap jalur markah mempunyai satu set kriteria pemarkahan yang telah ditentukan. Pemeriksa IELTS menggunakan kriteria ini untuk menilai kemahiran Bahasa Inggeris anda. Mengetahui dengan tepat apa yang dicari oleh pemeriksa untuk jalur 7 dalam ujian Pertuturan dan Penulisan dapat membantu anda menetapkan pelan pembelajaran yang paling baik.

Kaji kemahiran Bahasa Inggeris anda

Mengetahui kedudukan jalur markah anda akan membantu menentukan di mana anda perlu perbaiki. IELTS Progress Check ialah ujian contoh yang memberi anda jalur markah indikatif untuk setiap bahagian ujian IELTS serta maklum balas rasmi mengenai prestasi anda.

Jadikan Bahasa Inggeris satu kebiasaan

Berlatih berbahasa Inggeris setiap hari dapat menghasilkan perbezaan yang besar. Meluangkan 5 minit sehari melakukan sesuatu yang mudah akan dapat membantu anda, seperti membaca berita dalam Bahasa Inggeris, menulis surat kepada rakan atau menonton filem Bahasa Inggeris.

Sediakan pelan pembelajaran

Luangkan sedikit masa setiap hari untuk membuat latihan keempat-empat bahagian ujian IELTS. Pastikan anda luangkan masa untuk melakukan perkara yang membantu anda meningkatkan kemahiran, seperti:

  • Membaca surat khabar, jurnal, iklan dan buku Bahasa Inggeris

  • Mendengar buku audio, audio siar (“podcast”), radio dan muzik Bahasa Inggeris

  • Berbahasa Inggeris apabila bercakap dengan rakan sekerja, rakan dan keluarga

  • Belajar satu perkataan baru setiap hari atau setiap minggu dan berlatih menggunakannya dalam ayat

Langkah 6: Ketahui apa yang boleh dijangkakan pada hari ujian

Untuk mengurangkan rasa cemas menjelang hari ujian, ketahui apa yang boleh dijangkakan pada hari ujian. Beberapa perkara yang perlu diingat:

  • Tiba lebih awal supaya terdapat masa yang mencukupi untuk mendaftar dan mengambil tempat duduk anda

  • Simpan barang peribadi anda seperti telefon, jam tangan pintar, buku dan nota

  • Bawa dokumen pengenalan diri anda yang diperlukan untuk proses daftar masuk

Tambahkan 6 langkah ini ke pelan persediaan ujian IELTS anda untuk meningkatkan peluang anda memperoleh jalur markah IELTS yang anda perlukan.