The official IELTS by IDP app is here! Download it today.

Close

Calon ujian sering berasa susah untuk memutuskan apa yang hendak disampaikan dan bagaimana untuk menyampaikannya dalam respons/jawapan Tugasan Penulisan 1 ujian IELTS Akademik. 

Hari ini kita akan melihat dengan lebih mendalam Tugasan Penulisan 1 ujian IELTS Akademik, pencapaian tugasan dan ciri yang perlu anda sertakan dalam respons/jawapan anda untuk memperoleh jalur 7 dan ke atas. 

Dalam Tugasan Penulisan 1 ujian IELTS Akademik, anda akan ditunjukkan satu gambar rajah iaitu cara visual untuk memaparkan maklumat. Anda mungkin ditunjukkan satu atau lebih daripada satu gambar rajah. Maklumat visual ini boleh ditunjukkan sebagai: 

  • Jadual 

  • Carta 

  • Gambar rajah

  • Proses 

  • Graf 

  • Peta 

Anda juga akan diberi arahan berikut:  

Ringkaskan maklumat dengan memilih dan melaporkan ciri-ciri utama serta membuat perbandingan di mana relevan. 

Anda perlu melakukan tugas pemindahan maklumat – maklumat visual yang diberikan perlu disampaikan dalam bentuk teks.  

Sebagai sebahagian daripada tugasan, anda perlu: 

  1. Menulis satu pendahuluan 

  2. Menulis satu gambaran keseluruhan (ringkasan dari apa yang anda lihat) 

  3. Mempersembahkan dan menekankan ciri-ciri utama dengan angka (data) 

Mari kita perhatikan tiga perkara terakhir – pendahuluan, gambaran keseluruhan dan ciri-ciri utama yang perlu disampaikan.

Kita menulis pendahuluan untuk memberitahu pemeriksa ringkasan perkara yang akan ditulis. Pada dasarnya, pendahuluan merupakan soalan yang telah diparafrasakan. Sebagai contoh, gambar rajah visual itu tentang apa, apa sumber datanya dan bila data dikumpulkan.  

Pendahuluan: 

  • Satu ayat dibenarkan 

  • Adakah soalan ditulis semula menggunakan perkataan anda sendiri (diparafrasakan) 

Ingat, jika ada dua gambar rajah dalam tugasan anda, anda perlu memasukkan kedua-duanya ke dalam bahagian pendahuluan. Ini boleh dilakukan dalam satu atau dua ayat.

LAKUKAN

JANGAN LAKUKAN

Tulis pengenalan yang jelas untuk menggambarkan apa yang anda lihat.

Kemukakan maklumat yang tidak relevan (Contohnya paksi x, paksi y, garis kelabu mewakili pengangguran wanita, segi tiga hitam mewakili lelaki)

Parafrasa penggesa (prom) soalan. Gunakan sinonim dan frasa untuk maklumat tidak penting. (Contohnya penganggur = orang yang tidak bekerja / 1970-2000 = lebih daripada tiga dekad dari tahun 1970 hingga 2000.)

Salin penggesa (prom) soalan bulat-bulat (Contohnya frasa daripada soalan)

Guna kata kunci dalam pengenalan anda (Contohnya tarikh, masa, negara, jantina).

Tukar kata kunci dalam soalan menjadi sinonim yang tidak tepat (Contohnya wanita yang menganggur di Australia menjadi gadis yang menganggur di Oz.)

Perkenalkan semua carta, gambar rajah atau jadual.

Mari lihat beberapa contoh pendahuluan dan lihat bagaimana anda dapat memasukkannya ke dalam pendahuluan jika anda menggunakan tip di atas. 

Jadual

The table illustrates employment numbers in Australia over a thirty-year period from 1970 to 2000.

Carta

The chart compares the number of cars that were made in France, Germany and Norway over a decade from 2000 to 2010.

Gambar rajah

The diagram shows how car parts are assembled.

Proses

The cycle shows how man-made fibres are produced.

Peta

The maps illustrate changes in an English village over a century from 1915 to 2015.

Graf

The graph presents data from Ireland showing cinema attendance in major cities in 2016.

Dua carta

The pie charts show the main energy resources used to generate power in a town in Australia, while the table shows how much energy was consumed by the community in 1989.

Gambaran keseluruhan

Gambaran keseluruhan dalam respons/jawapan anda hendaklah merumuskan apa yang anda lihat dalam gambar rajah visual. Ia harus merumuskan perkara-perkara utama berikut:  

  • Trend  

  • Perubahan 

  • Perkembangan 

  • Peringkat 

  • Ciri-ciri yang ketara 

Anda perlu menunjukkan gambaran keseluruhan yang jelas untuk mencapai jalur 7 dan ke atas. Mari kita perhatikan dengan lebih mendalam huraian jalur pencapaian tugasan untuk melihat betapa pentingnya gambaran keseluruhan yang jelas dalam Tugasan Penulisan 1 IELTS Akademik.

Huraian jalur - Pencapaian tugasan

Jalur 7

Mempersembahkan gambaran keseluruhan secara jelas berkenaan trend, perbezaan atau tahap-tahap utama

Jalur 6

Mempersembahkan gambaran keseluruhan dengan maklumat yang dipilih dengan tepat

Jalur 5

Menceritakan perincian secara bersahaja dengan tiada gambaran keseluruhan yang jelas

LAKUKAN

JANGAN LAKUKAN

Guna kata hubung untuk meringkaskan apa yang anda lihat. (Contohnya Overall, To summarise, In summary)

Masukkan data atau angka dalam gambaran keseluruhan anda. Hanya masukkan ringkasan trend atau ciri utama.

Cari trend dalam gambar rajah. Pada keseluruhannya, adakah terdapat peningkatan, penurunan atau turun naik dalam gambar rajah? Adakah terdapat titik tinggi atau rendah? Adakah ia stabil?

Kenal pasti semua perkara dalam gambaran keseluruhan. Ia sepatutnya cuma satu pernyataan yang merumuskan ciri-ciri yang paling ketara dalam gambar rajah.

Sekiranya gambar rajah visual menunjukkan ramalan masa hadapan, ringkaskan trend masa hadapan dalam gambaran keseluruhan anda.

Beri penekanan terhadap ciri utama dengan menggunakan data (angka).

Beri penekanan terhadap sebarang perubahan dalam trend keseluruhan gambar rajah visual. (Contohnya, penurunan mendadak)

Berikut ialah beberapa contoh gambaran keseluruhan setelah kita mengaplikasikan tip di atas. 

Pendahuluan | Gambaran keseluruhan

Jadual

The table illustrates employment numbers in Australia over a thirty-year period from 1970 to 2000.
 Overall, it can be clearly seen that the numbers of people employed have increased over the period, whereas the unemployed figures have remained stable.

Carta

The chart compares the number of cars that were made in France, Germany and Norway over a decade from 2000 to 2010.
In brief, Germany was the major producer of vehicles over this period followed by France and Norway.
 

Gambar rajah

The diagram shows how car parts are assembled.
It can be seen that there are four main stages to car manufacturing. To be specific, these are moulding, machining, joining and shearing.
 

Proses

The process shows how man-made fibres are produced.
It can clearly be seen that there are six steps involved in the production of cloth starting with the raw materials and ending with the final product.
 

Peta

The maps illustrate changes in an English village over a century from 1915 to 2015.
In summary, in one hundred years, the village has experienced major changes transforming it from a small farming village to an industrial town.
 

Graf

The graph presents data from Ireland showing cinema attendance in major cities in 2016.
To summarise, it can be seen that the younger age groups visit the cinema most, whereas older people rarely attend.
 

Dua carta

The pie charts show the main energy resources used to generate power in a town in Australia, while the chart shows how much energy was consumed by the community in 1989.
Overall, by looking at the charts it can be seen that oil is used the most as an energy source in this town and that most power is required for domestic cooling.
 

 

Ciri-ciri utama

Dalam respons/jawapan Tugasan Penulisan 1 ujian IELTS Akademik anda, anda mesti menunjukkan ciri-ciri utama dan menggunakan data untuk menyokong penerangan anda.  

Ciri utama ialah ciri yang paling menonjol dalam gambar rajah. Sebagai contoh, jika gambar rajah menunjukkan 5 buah negara, maka 5 buah negara ini adalah ciri utama. Jika ada mana-mana negara yang tidak dimasukkan, penerangan anda tidak akan lengkap dan anda akan mendapat jalur 4. 

Jika kita melihat huraian jalur di bawah, anda akan perhatikan bahawa anda perlu menunjukkan dengan jelas semua ciri utama untuk mencapai jalur 7 dan ke atas.

Jalur 7

Mempersembahkan dan menonjolkan ciri-ciri utama dengan jelas

Jalur 6

Mempersembahkan dan menonjolkan ciri-ciri utama dengan mencukupi

Jalur 5

Mempersembahkan, tetapi tidak meliputi ciri-ciri utama dengan mencukupi

Jalur 4

Mencuba untuk melaksanakan tugasan tetapi tidak meliputi semua ciri-ciri utama

Jadual di bawah menunjukkan contoh gambar rajah visual dan ciri-ciri utama bagi setiap gambar rajah.

Visual

Ciri-ciri utama

Graf menunjukkan lima peringkat umur dalam tempoh dua tahun

  • Lima peringkat umur

  • Trend utama

  • Angka yang ketara (Contohnya tinggi, rendah)

  • Dua tahun

Carta pai yang menunjukkan lima jenis bahan api

  • Lima jenis bahan api yang berbeza

  • Jenis bahan api utama

Peta yang menunjukkan sebuah bandar 50 tahun yang lalu dan sebuah bandar sekarang

  • Dua peta

  • Perkara yang tidak berubah

  • Perkara yang telah berubah (contohnya lokasi, pengubahsuaian, penghapusan)

  • Perkara yang baharu (contohnya, bangunan, jalan raya, kemudahan)

Proses menunjukkan tujuh peringkat

  • Setiap daripada tujuh peringkat

  • Sebarang langkah tambahan yang merupakan sebahagian daripada proses

Carta yang menunjukkan tiga produk dalam tempoh tiga tahun

  • Tiga produk

  • Tiga tahun

  • Nombor yang jelas dilihat (contohnya nombor tertinggi, nombor terendah, trend ganjil)

Untuk berjaya memenuhi keperluan tugasan ini, anda perlu:  

  • Menerangkan ciri utama dalam gambar rajah visual 

  • Menggunakan data dari gambar rajah visual untuk menyokong setiap ciri utama (Contoh angka, nombor, peratusan, bangunan, struktur, bilik)  

Sekiranya anda tidak menggunakan data dalam gambar rajah visual untuk menyokong ciri utama, respons anda akan tergolong dalam huraian untuk jalur 5.

Jalur 5

(Akademik) menceritakan perincian secara bersahaja tanpa gambaran keseluruhan yang jelas; mungkin tiada data yang menyokong keterangan

Data apakah yang perlu anda kemukakan untuk memperoleh jalur 7 dan ke atas? 

  • Data sokongan untuk setiap elemen (Contohnya kumpulan umur, produk, tahun) 

  • Angka yang dilihat yang menonjol (Contohnya, Tinggi, rendah, turun naik atau tempoh kestabilan) 

  • Angka yang telah meningkat atau menurun 

  • Angka yang langsung tidak berubah dan tetap sama 

  • Nama bangunan pada peta (misalnya Kedai, pejabat pos, perpustakaan) 

  • Jalan, laluan atau jambatan yang ditunjukkan pada peta 

  • Perkara yang telah berubah dalam gambar rajah visual (Contohnya lokasi, pengubahsuaian, pemadaman) 

  • Perkara yang baharu (Contohnya, bangunan, jalan, kemudahan) 

  • Setiap peringkat dalam proses 

  • Sebarang langkah tambahan yang mungkin menjadi sebahagian daripada proses 

  • Bahan atau peralatan yang digunakan dalam proses tersebut

LAKUKAN

JANGAN LAKUKAN

Kemukakan angka yang diberikan dalam gambar rajah visual

Kemukakan data secara bersahaja (sebagai contoh, Pada tahun 1992, ia adalah 2%. Pada 1993, ia adalah 3%. Dan pada 1994, ia adalah 6%...)

Kemukakan skala nombor yang betul yang ditunjukkan pada gambar rajah visual (Contohnya ratusan, ribuan, sepuluh ribuan, ratus ribuan, jutaan, tan)

Kemukakan data dengan tidak tepat. Pastikan anda membaca paksi Y dengan teliti untuk menyemak data yang ditunjukkan.

Tulis format nombor yang betul apabila mempersembahkan angka daripada gambar rajah visual (Contohnya 100; 1,000; 10,000; 100,000; 1,000,000)

Guna pengiraan dalam respons/jawapan tugasan (Contohnya, menghitung purata, menambah atau menolak nombor). Pastikan anda mempersembahkan data seperti yang diberikan.

Guna set data yang betul seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah visual (Contohnya peratusan, bilangan, tong sehari, gram, kilogram, orang)

Salah membaca data dan mempersembahkannya dengan tidak betul. (Contohnya, mengatakan wanita dan bukannya lelaki - 72% wanita bermain bola sepak)

Untuk mengimbas kembali apa yang telah kita pelajari di sini hari ini, ingatlah tiga perkara ini dan anda akan mempunyai peluang yang baik untuk mencapai jalur 7 dan ke atas dalam pencapaian tugasan IELTS Akademik Tugasan Penulisan 1. 

  1. Tulis satu pendahuluan yang jelas. Namun, jangan salin soalan. 

  2. Tulis satu ringkasan yang jelas tentang apa yang anda lihat dalam gambaran keseluruhan 

  3. Sampaikan dan tekankan semua ciri utama dengan angka (data) 

Juga ingat, Tugasan 1 ujian Akademik TIDAK memerlukan kesimpulan.