The official IELTS by IDP app is here! Download it today.

Close

Penerangan ringkas ujian Pertuturan IELTS

Tempoh: 11 - 14 minit  

Ujian Pertuturan akan menilai penggunaan Bahasa Inggeris lisan anda. Anda akan membincangkan pelbagai topik dengan pemeriksa IELTS dalam ujian selama 11-14 minit ini. Ujian akan dijalankan di bilik yang senyap dengan seorang pemeriksa yang akan mendorong anda untuk terus bercakap. Tidak seperti ujian AI, pemeriksa IELTS dapat membantu membuat anda berasa tenang dan yakin. Mereka juga dapat memahami aksen anda untuk memastikan anda memperoleh markah terbaik yang mungkin. Ujian Pertuturan terdiri daripada tiga bahagian.  

Bahagian 1  

Pemeriksa akan mengajukan soalan am mengenai diri anda dan pelbagai topik biasa seperti rumah, keluarga, pekerjaan, pendidikan serta minat. Bahagian ini mengambil masa antara 4-5 minit.  

Bahagian 2  

Anda akan diberi kad tugasan dan pemeriksa akan meminta anda membincangkan sebuah topik. Anda diberi masa 1 minit untuk membuat persiapan. Kemudian, anda dikehendaki membincangkan topik itu selama tidak lebih dari 2 minit. Seterusnya, pemeriksa akan bertanya satu atau dua soalan mengenai topik yang sama sebelum mengakhiri bahagian ujian ini.  

Bahagian 3

Anda akan ditanya soalan lanjut berkaitan dengan topik dalam Bahagian 2. Soalan-soalan ini akan membolehkan anda membincangkan idea dan isu yang lebih abstrak. Bahagian ujian ini mengambil masa antara 4-5 minit. 

Bahagian 1: Pengenalan dan soalan tentang topik yang biasa

4 hingga 5 minit 

Bahagian 1 ujian akan dimulakan dengan pemeriksa meminta anda menyatakan nama anda dan menunjukkan dokumen pengenalan diri anda. 

Seterusnya, anda akan ditanya soalan am mengenai diri anda seperti tempat tinggal atau aktiviti semasa anda (bekerja atau belajar). 

Anda kemudian akan ditanya beberapa soalan mengenai berbagai topik biasa, misalnya, tentang muzik, makanan, cuaca atau filem yang anda gemari. Biasanya, anda akan ditanya mengenai satu atau dua topik.  

Pemeriksa akan mengemukakan soalan yang telah dicatatkan dan akan mendengar jawapan anda. Beliau juga akan  mendorong anda untuk menghuraikan jawapan anda dengan bertanya "mengapa?" atau "mengapa tidak?" sekiranya jawapan anda terlalu pendek.  

Bahagian ujian ini adalah dalam format soalan jawapan yang memfokuskan pada kemampuan anda memberi pendapat dan maklumat mengenai topik harian dengan menjawab pelbagai soalan. 

Contoh tugasan

Cuba buat contoh tugasan ini untuk ujian Pertuturan IELTS, Bahagian 1:

Bahagian 2: Giliran panjang individu

3 hingga 4 minit 

Selepas Bahagian 1, pemeriksa akan memberi anda satu topik dan meminta anda membincangkannya selama satu hingga dua minit. 

Anda akan diberikan sekeping kad yang menyatakan topik tersebut serta kertas dan pensel untuk membuat nota. Pada kad tersebut, anda akan melihat penggesa (prom) pertuturan dan beberapa poin yang dapat anda masukkan dalam perbincangan anda. 

Anda diberi masa satu minit tepat untuk menyiapkan dan membuat nota sebelum mula bertutur. Pemeriksa akan menggunakan pemasa dan akan memberitahu anda apabila waktu yang diperuntukkan telah tamat.  

Pemeriksa akan memberitahu bila anda harus memulakan perbincangan dan akan mengingatkan bahawa anda akan disuruh berhenti selepas 2 minit.  Poin-poin pada kad tugasan akan membantu anda memikirkan perkara-perkara yang boleh diperkatakan dan anda harus cuba untuk terus bercakap selama 2 minit. Pemeriksa mungkin menanyakan soalan tentang sesuatu yang anda bincangkan sebelum beralih ke bahagian seterusnya. 

Bahagian ujian ini menilai kemampuan anda untuk bercakap dengan panjang lebar mengenai topik tertentu, menggunakan bahasa yang sesuai dan menyusun idea anda dengan cara yang logikal. Anda boleh menggunakan pengalaman anda sendiri berkenaan dengan topik untuk melengkapkan bahagian giliran panjang ini.

Contoh tugasan

Cuba buat contoh tugasan ini untuk ujian Pertuturan IELTS, Bahagian 2:

Bahagian 3: Perbincangan dua hala

4 hingga 5 minit 

Soalan-soalan dalam bahagian tiga akan dihubungkan dengan topik umum yang anda bicarakan dalam Bahagian 2. Anda akan membincangkan topik tersebut dengan cara yang lebih umum dan abstrak, dan menunjukkan kepada pemeriksa bahawa anda dapat menyampaikan serta mewajarkan pendapat anda, menganalisis, membincangkan dan membuat spekulasi mengenai topik dengan lebih mendalam. 

Sekiranya topik dalam bahagian giliran panjang anda adalah mengenai tempat yang indah untuk dikunjungi di bandar anda, bahagian ini mungkin dimulakan dengan membicarakan tempat-tempat yang indah dan soalan pertama mungkin adalah “Do you think it’s important to maintain beautiful places in cities?” 

Pemeriksa akan bercakap lebih banyak dengan anda di bahagian ini dan mungkin meminta anda mewajarkan pendapat anda bagi melihat sejauh mana anda dapat menyampaikan idea abstrak berbanding dengan topik peribadi yang anda bicarakan dalam Bahagian 1 dan 2. 

Dalam Bahagian 3, anda dinilai berdasarkan kemampuan anda untuk menyampaikan dan mewajarkan pendapat, dan untuk menganalisis, membincangkan serta membuat spekulasi mengenai berbagai masalah yang berkaitan dengan topik umum yang anda bicarakan dalam Bahagian 2.  

Contoh tugasan

Cuba buat contoh tugasan ini untuk ujian Pertuturan IELTS, Bahagian 3: