The official IELTS by IDP app is here! Download it today.

Close

Penerangan ringkas tentang ujian Mendengar IELTS

Tempoh: 30 minit 

Ujian Mendengar adalah sama untuk kedua-dua ujian Akademik IELTS dan ujian Latihan Am IELTS. Anda perlu menjawab 40 soalan sebagai respons kepada empat rakaman. 

Anda akan mendengar empat rakaman yang merupakan gabungan monolog dan perbualan daripada beberapa penutur asli dan anda hanya dibenarkan mendengar setiap rakaman sekali. Terdapat 10 soalan untuk setiap bahagian ujian Mendengar.  

Soalan-soalan ini menguji kemampuan anda untuk memahami: 

  • Idea utama dan maklumat fakta terperinci 

  • Pendapat dan sikap penutur 

  • Tujuan sesuatu kata-kata yang diucapkan 

  • Keupayaan untuk mengikuti perkembangan idea. 

Butiran bahagian ujian Mendengar: 

Rakaman 1   Perbualan antara dua orang dalam konteks sosial harian.  

Rakaman 2   Monolog dalam konteks sosial harian, misalnya ucapan mengenai kemudahan tempatan.  

Rakaman 3   Perbualan antara dua hingga empat orang dalam konteks pendidikan atau latihan, misalnya perbincangan antara tenaga pengajar universiti dan pelajar tentang sesuatu tugasan.  

Rakaman 4   Monolog mengenai subjek akademik, contohnya syarahan universiti. 

Soalan pelbagai pilihan

Soalan pelbagai pilihan boleh dijawab dengan satu jawapan yang betul atau lebih daripada satu jawapan yang betul. Baca soalan dengan teliti untuk memastikan bilangan jawapan yang diperlukan.  

Dalam soalan pelbagai pilihan yang meminta anda memilih satu jawapan yang betul (A, B atau C), anda akan diberikan: 

  • satu soalan yang diikuti dengan tiga kemungkinan jawapan 

  • permulaan ayat diikuti dengan tiga cara yang mungkin untuk melengkapkan ayat tersebut. 

Dalam soalan pelbagai pilihan yang meminta anda memilih lebih daripada satu jawapan yang betul, kemungkinan jawapan yang diberikan adalah lebih banyak dan anda akan diberitahu untuk memilih lebih daripada satu jawapan.  

Soalan pelbagai pilihan digunakan untuk menguji pelbagai kemahiran. Anda mungkin dikehendaki untuk memahami poin-poin tertentu secara terperinci atau mempunyai pemahaman secara menyeluruh tentang poin-poin utama teks ujian mendengar itu.

Soalan padanan

Anda dikehendaki memadankan senarai item bernombor yang anda dengar dalam audio ujian mendengar dengan satu set pilihan pada kertas soalan. Set pilihan itu mungkin merupakan sejenis kriteria. 

Soalan padanan menilai kemahiran mendengar untuk mendapatkan maklumat. Ia juga menilai jika anda dapat memahami maklumat yang diberikan dalam perbualan mengenai topik harian seperti mengenal pasti pelbagai jenis penginapan hotel atau rumah tumpangan. Di samping itu, ia juga menilai kemampuan anda mengikuti perbualan antara dua orang. Soalan padanan juga dapat digunakan untuk menilai kemampuan anda mengenali hubungan dan kaitan antara fakta dalam teks ujian mendengar. 

Melabelkan pelan, peta, gambar rajah

Anda akan dikehendaki melengkapkan label pada pelan (contohnya bangunan), peta (contohnya satu bahagian bandar) atau gambar rajah (contohnya sebuah peralatan). Lazimnya, anda boleh memilih jawapan anda daripada senarai yang diberikan dalam kertas soalan. 

Tugas padanan ini menilai kemampuan anda untuk memahami, misalnya, penerangan sesuatu tempat dan menghubungkan maklumat itu dengan gambaran visual. Ini mungkin termasuk mengikut arahan (seperti jalan terus/belok kiri/bertentangan). 

Melengkapkan borang, nota, jadual, carta aliran, ringkasan

Untuk tugasan ini, anda dikehendaki mengisi tempat kosong dalam rumusan teks ujian mendengar, sama ada rumusan sebahagian daripada atau keseluruhan teks. Rumusan itu akan menumpukan pada idea utama/ fakta dalam teks. Ia mungkin dalam bentuk: 

  1. Borang: digunakan untuk merakam butiran fakta seperti nama, alamat, nombor telefon 

  2. Satu set nota: digunakan untuk meringkaskan maklumat menggunakan susun atur bagi menunjukkan bagaimana item yang berbeza saling berkaitan 

  3. Jadual: digunakan untuk meringkaskan maklumat yang berkaitan dengan kategori yang jelas – contohnya tempat/masa/harga, 

  4. Carta aliran: digunakan untuk meringkaskan proses yang mempunyai peringkat yang jelas, dan mempunyai anak panah yang menunjukkan arah proses. 

Anda akan memilih perkataan untuk dimasukkan ke dalam tempat kosong dengan salah satu cara: 

  • Dari senarai yang dipaparkan dalam kertas soalan 

  • Dari rakaman 

Anda mesti mematuhi had perkataan yang dinyatakan dalam arahan dan menggunakan perkataan yang tepat seperti yang anda dengar dari rakaman. 

Anda harus membaca arahan dengan teliti kerana bilangan perkataan atau nombor yang harus anda gunakan berbeza-beza. Anda akan diberikan had bilangan perkataan, misalnya, ‘NO MORE THAN ONE WORD AND/OR A NUMBER’. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada had perkataan, jawapan anda akan ditanda sebagai salah. Oleh itu, semak had perkataan dengan teliti untuk setiap soalan. Perkataan yang dipendekkan tidak akan diuji, misalnya 'don’t'. Perkataan bersempang dihitung sebagai satu perkataan, misalnya 'police-man'. 

Tugasan melengkapkan tempat kosong ini memberi tumpuan kepada poin-poin utama yang selalunya akan dicatat oleh pendengar dalam situasi seperti ini. 

Melengkapkan ayat

Dalam tugasan melengkapkan ayat ini, anda dikehendaki membaca satu set ayat yang merumuskan maklumat penting yang terdapat dalam salah satu yang berikut: 

  • keseluruhan teks ujian mendengar

  • sebahagian daripada teks ujian mendengar.  

Kemudian, anda dikehendaki mengisi tempat kosong dalam setiap ayat menggunakan maklumat daripada teks ujian mendengar. Anda akan diberikan had bilangan perkataan, misalnya, ‘NO MORE THAN ONE WORD AND/OR A NUMBER’. 

Anda harus membaca arahan dengan teliti kerana bilangan perkataan atau nombor yang harus anda gunakan berbeza-beza. Anda akan diberikan had bilangan perkataan, misalnya, ‘NO MORE THAN ONE WORD AND/OR A NUMBER’. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada had perkataan, jawapan anda akan ditanda sebagai salah. Oleh itu, semak had perkataan dengan teliti untuk setiap soalan. Perkataan yang dipendekkan tidak akan diuji, misalnya 'don’t'. Perkataan bersempang dihitung sebagai satu perkataan, misalnya 'police-man'. 

Tugasan melengkapkan ayat menumpukan pada kemampuan anda untuk mengenal pasti maklumat penting dalam teks ujian mendengar. Anda mesti memahami hubungan fungsian seperti sebab dan kesan. 

Soalan berjawapan pendek

Dalam jenis soalan berjawapan pendek, anda dikehendaki membaca soalan dan kemudian menulis satu jawapan pendek menggunakan maklumat daripada teks ujian mendengar. Kadangkala calon ujian diberi soalan yang meminta mereka menyenaraikan dua atau tiga poin. 

Anda akan diberikan had bilangan perkataan, misalnya, ‘NO MORE THAN ONE WORD AND/OR A NUMBER’. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada had perkataan, jawapan anda akan ditanda sebagai salah. Oleh itu, semak had perkataan dengan teliti untuk setiap soalan. Perkataan yang dipendekkan tidak akan diuji, misalnya 'don’t'. Perkataan bersempang dihitung sebagai satu perkataan, misalnya 'police-man'. 

Soalan berjawapan pendek memberi tumpuan pada kemampuan mendengar untuk mendapatkan fakta konkrit seperti tempat, harga atau waktu, daripada teks ujian mendengar.