Untuk mencapai jalur 8 dalam Tugasan Penulisan 2 IELTS, anda perlu menghasilkan karangan yang mengandungi semua ciri positif yang terdapat dalam kriteria penilaian penulisan jalur 8. Mari kita lihat ciri-ciri ini dalam jadual di bawah.
Jawapan/Respons tugasan |
|
Kesesuaian dan kepaduan |
|
Sumber leksikal |
|
Julat dan ketepatan tatabahasa |
|
Dengan menggunakan huraian jalur sebagai panduan, kami akan menjelaskan 8 langkah untuk menolong usaha anda memperoleh jalur 8 dalam Tugasan Penulisan 2.
Kami akan memulakan dengan jawapan/respons tugasan dan kemudian menerangkan semua kriteria untuk menunjukkan apa yang dicari oleh pemeriksa dalam jawapan/respons anda.
Langkah 1: Jawapan hendaklah relevan dengan soalan
Beri jawapan kepada apa yang ditanya dalam soalan tersebut. Jangan hasilkan karangan yang hampir dengan topik yang telah anda sediakan sebelumnya. Pastikan contoh dan idea yang anda berikan relevan. Sekiranya anda terlalu banyak membuat generalisasi dan tidak cukup spesifik, ini akan mempengaruhi cara idea anda disampaikan kepada pemeriksa.
Lakukan
Pastikan idea anda ada kaitan langsung dengan soalan
Guna idea dan contoh yang anda ketahui dan yang berkaitan langsung dengan topik
Huraikan jawapan anda untuk memasukkan beberapa idea yang akan menyokong soalan tersebut.
Jangan:
Masukkan maklumat yang tidak berkaitan
Terlalu umum
Hasilkan karangan yang dihafal
Sampaikan penyelidikan atau statistik 'terkini' yang berkaitan dengan topik “At least 41% of all men…”
Langkah 2: Jawab semua bahagian soalan
Anda hendaklah membaca soalan dengan teliti dan ketahui bilangan bahagian di dalam soalan tersebut. Anda mesti menjawab semua bahagian soalan untuk mencapai jalur 6 atau lebih tinggi.
Mari kita lihat beberapa contoh penggesa (prompt) soalan IELTS dan bilangan bahagian dalam setiap satu, sekiranya anda dikehendaki mengemukakan pendapat anda. Ingat, sangat penting untuk menyampaikan pendapat yang jelas semasa menjawab pernyataan tersebut bagi menunjukkan bahawa anda memahami soalan yang diajukan. Anda juga harus pastikan pendapat itu kekal jelas dalam keseluruhan karangan.
Jenis soalan | Ada berapa bahagian? | Pendapat diperlukan? |
---|---|---|
Sejauh manakah anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini? | Soalan dengan satu bahagian | Ya, setuju atau tidak setuju, atau tentukan mengapa anda setuju/tidak setuju secara sama rata. |
Bincangkan kedua-dua pandangan dan berikan pendapat anda sendiri. | Soalan dengan tiga bahagian - bincangkan kedua-dua pandangan seperti yang dinyatakan | Ya, sampaikan pendapat anda, yang mungkin merupakan salah satu pandangan atau gabungan kedua-duanya. |
Mengapa demikian? Berikan sebab-sebab dan penyelesaiannya? | Soalan dengan tiga bahagian | Satu pendapat dikemukakan yang menjelaskan mengapa demikian, sebab-sebab di sebalik isu tersebut dan penyelesaiannya. |
Adakah keburukan pelancongan antarabangsa melebihi kebaikannya? | Soalan dengan dua bahagian | Ya, anda mesti menyatakan dengan jelas jika terdapat lebih banyak kebaikan atau keburukan. |
Mengapa demikian? Apakah kesannya terhadap individu dan masyarakat? | Soalan dengan tiga bahagian | Ya, anda mesti memberi alasan untuk pernyataan tersebut dan kemudian menunjukkan kesannya terhadap 1) individu dan 2) masyarakat. |
Lakukan:
Baca soalan dengan teliti dan ketahui bilangan bahagian dalam soalan tersebut
Kemukakan dan sokong pendapat anda dalam keseluruhan karangan
Sekiranya diminta untuk menyampaikan kedua-dua belah pandangan, pastikan setiap pandangan disampaikan secara seimbang (panjang perenggan yang serupa)
Perhatikan kata jamak. Sekiranya anda diminta untuk memberikan “advantages”, anda mesti memberikan sekurang-kurang 2
Perhatikan perkataan ‘and’. Anda mungkin perlu mengulas lebih daripada satu elemen
Tulis lebih daripada 250 patah perkataan.
Jangan:
Abaikan bahagian soalan
Andaikan pendapat anda sudah jelas, guna kata ganti orang pertama, “I think” untuk memastikan pemeriksa mengetahui bahawa itu merupakan pendapat anda
Beritahu pemeriksa apa yang akan anda katakan dan apa yang telah anda katakan
Hasilkan karangan pendek.
Langkah 3: Susun karangan anda secara logikal dengan menggunakan kata hubung untuk mengaitkan poin secara jelas
Idea mesti disampaikan dan disusun dengan jelas - bermula dengan pengenalan sehingga diakhiri dengan kesimpulan.
Sekiranya anda diminta untuk menyampaikan kedua-dua belah pandangan dan juga pendapat anda, nyatakan pendapat anda pada awal karangan dan kemudian teruskan untuk menyampaikan kedua-dua pandangan tersebut. Kemudian, anda boleh kembali ke pendapat anda semula dan mengakhiri karangan dengan kesimpulan. Ini merupakan kaedah logikal untuk mengemukakan idea-idea ini.
Lakukan:
Guna pelbagai kata dan frasa penghubung tetapi jangan keterlaluan
Guna frasa adverba dan bukan kata hubung tunggal biasa
Guna kata rujukan dan kata ganti bagi mengelakkan pengulangan (contoh: “this/them/the issue/the problem”)
Guna tanda baca untuk menjadikan penulisan anda lebih koheren
Pastikan idea anda disusun dengan betul
Pastikan idea anda logikal dan senang difahami
Guna perenggan berlainan untuk pengenalan dan kesimpulan
Guna satu perenggan untuk setiap idea atau bidang topik.
Jangan:
Keterlaluan menggunakan kata hubung biasa seperti “firstly” (sebaliknya, cuba gunakan “The first reason for/ The primary reason for this”)
Mulakan setiap ayat dengan kata hubung (Cuba letakkan di tengah-tengah ayat. Contoh: “Some people believe, however, that individuals must also take responsibility for the environment” or “I believe, on the other hand, that individuals do have a responsibility to…”)
Guna nombor, simbol atau singkatan (1, 2, “etc”, &, +)
Guna tajuk atau tajuk utama
Gariskan perkataan atau frasa
Guna perenggan yang mengandungi hanya satu ayat
Mulakan setiap ayat dengan kata hubung.
Langkah 4: Gunakan perenggan untuk menyusun karangan anda
Gunakan perenggan untuk menyusun karangan anda kepada bahagian-bahagian yang jelas. Pastikan setiap perenggan mengandungi topik yang jelas dan dikembangkan dengan sekurang-kurangnya dua ayat.
Anda boleh menggunakan akronim "PEEL" apabila menulis karangan anda:
Pandangan (“Point”) – perkenalkan topik atau ayat topik anda
Contoh (“Example”) – contoh yang menyokong poin anda
Terangkan (“Explain”) – mengapa bukti ini menyokong pandangan anda
Pautkan (“Link”) – peralihan ke topik atau perenggan seterusnya
Anda hendaklah menggunakan bilangan perenggan yang mencukupi untuk menunjukkan dengan jelas respons/jawapan yang berstruktur. Ini akan menunjukkan bahawa anda dapat menyusun dan menyampaikan pemikiran dan idea anda secara logikal.
Berikut ialah beberapa idea tentang bilangan perenggan yang boleh anda sertakan dalam sesebuah karangan:
Jenis soalan | Berapa banyak perenggan? | Perenggan |
---|---|---|
Sejauh manakah anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini? | 4/5 |
|
Bincangkan kedua-dua pandangan dan berikan pendapat anda sendiri. | 5 |
|
Mengapa demikian? Berikan sebab-sebab dan penyelesaiannya? | 5 |
|
Adakah keburukan pelancongan antarabangsa melebihi kebaikannya? | 4 |
|
Mengapa demikian? Apakah kesannya terhadap individu dan masyarakat? | 5 |
|
Lakukan:
Guna perenggan
Guna kata penghubung antara dan di dalam perenggan anda
Tinggalkan ruang antara setiap perenggan (satu baris)
Guna satu perenggan untuk setiap topik
Pastikan ada perenggan pengenalan dan kesimpulan.
Jangan
Guna perenggan yang mempunyai hanya satu ayat
Guna perenggan yang sangat panjang sehingga meliputi keseluruhan halaman (ujian berdasarkan kertas)
Langkah 5: Gunakan perbendaharaan kata yang kurang lazim dan eja dengan betul
Anda akan lihat dalam huraian jalur bahawa penulis yang memperoleh jalur 8 mengaplikasikan kata leksikal yang jarang digunakan. Apabila kita mempelajari sesuatu bahasa, kita menggunakan kedua-dua istilah yang kerap dan tidak kerap. Istilah kerap ialah perkataan dan frasa yang kita gunakan setiap hari untuk merujuk kepada pengalaman peribadi dan tabiat harian. Istilah tidak kerap digunakan ketika kita membincangkan topik tertentu atau ketika kita menggunakan bahasa idiomatik (frasa kata kerja).
Perkataan kuno dan tidak digunakan dalam pertuturan harian tidak boleh digunakan. Sekiranya anda memilih sinonim, maknanya mestilah sama dan tidak mengubah idea yang disampaikan. Contohnya, “adolescent/teenager” mempunyai makna yang hampir sama dan boleh digunakan silih berganti. Walau bagaimanapun, “toddler/baby” mempunyai makna yang sangat berbeza.
Kolokasi juga disebut dalam jalur 8. Anda diandaikan tahu perkataan mana yang digunakan bersama, dan perkataan mana yang sesuai digunakan untuk topik yang berbeza.
Sekiranya anda membincangkan jenayah kanak-kanak, anda boleh menggunakan istilah “minor” kerana ini ialah istilah undang-undang yang digunakan untuk kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
Sekiranya anda menggunakan frasa kata kerja, pastikan bahawa anda menggunakan kata depan (sendi) yang betul kerana ia dapat mengubah makna:
“throw out/away” = buang
“throw up” = muntah/loya
Hanya gunakan idiom (bahasa budaya) jika anda memahami perkataan itu sepenuhnya dan jika sesuai dengan topik yang anda bincangkan.
Lakukan:
Guna pilihan kata yang tepat
Guna bahasa pertuturan harian
Guna perkataan yang anda fahami
Guna perkataan dan frasa yang berkaitan dengan topik
Guna kolokasi dan frasa kata kerja (kata-kata yang lazim digunakan bersama, contohnya “environmental pollution | major issue | promising future”)
Jangan
Buat kesalahan ejaan
Buat kesalahan tipografi
Campur adukkan ejaan Amerika dan Inggeris (Anda hendaklah memilih salah satu)
Guna perkataan yang anda tidak fahami atau tidak tahu ejaannya.
Guna perkataan yang tidak tepat seperti “stuff/thing”
Guna slanga seperti “gonna”
Guna bahasa kuno [“the masses| denizens | myopic view | Hitherto”]
Guna sinonim secara berlebihan - hanya satu sudah memadai
Guna idiom/klise
Guna perkataan yang disingkatkan (“can’t, doesn’t”)
Langkah 6: Jangan gunakan bahasa, frasa atau contoh yang dihafal
Jangan gunakan sebarang bahasa, frasa atau contoh yang dihafal dalam keseluruhan karangan anda. Ia mudah dikesan oleh pemeriksa dan tidak menunjukkan kemampuan anda untuk menulis dengan lancar.
Frasa, idiom, peribahasa dan klise yang terlalu kerap digunakan juga harus dielakkan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia sering digunakan dalam perbualan. Ini termasuk frasa seperti:
“The grass is always greener on the other side”
“Love is blind”
“Off the top of my head”
“Old is gold”
“A friend in need is a friend indeed”
Selain itu, jangan gunakan istilah berikut dalam penulisan kerana ia tidak jelas dan tidak dapat melengkapkan tugas dengan sewajarnya. Anda harus selalu menggunakan bahasa yang jelas dan membuat pilihan perkataan yang sesuai yang akan menyampaikan idea anda dengan jelas.
Bad | Good | Bad | Good |
---|---|---|---|
Nowadays | In recent times | Crux of the discussion | The main/key issue is… |
Can’t | cannot | Stuff/thing | Gunakan perkataan yang betul! |
Controversial issue | Major issue | e.g. | For example, … |
The pros and cons | Benefits and drawbacks | Every coin has two sides/faces | There are both disadvantages and advantages… |
Firstly | The primary reason why | A double-edged sword | The solution can also cause issues as… |
Secondly | Lack of education is another reason why… | In a nutshell | In conclusion… |
Langkah 7: Gunakan pelbagai struktur ayat yang kompleks
Untuk memperoleh jalur 8, anda dijangkakan dapat menggunakan pelbagai struktur dengan tepat untuk mengemukakan idea dan pendapat anda. Tunjukkan kepada pemeriksa bahawa anda boleh menggunakan pelbagai struktur dan pastikan ayat anda bebas daripada kesilapan.
Adalah penting untuk menggunakan gabungan ayat yang kompleks dan mudah. Namun ingat, ayat kompleks anda hendaklah tidak panjang dan rumit.
Tanda baca anda hendaklah tepat, dengan penggunaan huruf besar, koma dan noktah dengan betul.
Di bawah ialah senarai kesalahan yang paling lazim:
Tatabahasa | Kesalahan biasa |
---|---|
Klausa Relatif (“Relative Clause”) | Tidak menggunakan kata ganti nama dengan betul - who/that/which |
Klausa bersyarat (“Conditional clause”) | Penggunaan tatabahasa yang salah untuk jenis klausa - Sifar, Jenis 1,2,3 |
Kala kini/lampau sempurna (“Present perfect/past”) | Penggunaan tatabahasa yang salah - had/have had |
Pasif (“Passive”) | Memilih partisipel lampau (“past participle”) yang salah |
Gerund | Kesalahan dalam penggunaan -ing |
Kata nama hitung (“Countable noun”) | Kesalahan dalam penggunaan kata nama tunggal (“singular noun”) dan kata nama jamak (“plural noun”) |
Artikel (“Article”) | Salah menggunakan “a”/”the”, atau tidak menggunakannya sama sekali |
Kepadanan subjek/kata kerja (“Subject/verb agreement”) | The girls ‘are’ – kata nama tunggal atau jamak |
Kata sendi nama (“Preposition”) | Memilih kata sendi nama sandaran yang salah, kata sendi nama yang salah untuk tempat dan sebagainya. |
Tanda baca (“Punctuation”) | Tidak digunakan dengan betul, atau tidak digunakan sama sekali. |
Langkah 8: Senarai semak
Gunakan senarai semak berikut untuk memastikan bahawa penulisan anda mengandungi semua ciri positif jalur 8
Jawapan/Respons tugasan |
|
Kesesuaian dan kepaduan |
|
Sumber leksikal |
|
Julat dan ketepatan tatabahasa |
|
Jika anda mengikuti 8 langkah ini, anda mempunyai peluang yang besar dalam usaha anda mencapai jalur 8 dalam Tugasan Penulisan 2.
Is IELTS writing hard?
IELTS writing is not so hard if you have a thorough understanding of the test format and are able to organise your thoughts into grammatically-correct, well-structured sentences. Obviously it requires a fair amount of practice. To make it easy, IDP has launched IELTS Prepare where you can access a range of preparation materials: from practice tests, sample answers, videos and articles, all the way to expert assessments, online courses, webinars and more.
IELTS writing for beginners
Join our free IDP IELTS webinars that are designed to give you a sense of what to expect during the IELTS Writing test and guide you towards reaching a high band score:
Improve your understanding of the writing test format and questions
Identify key points
Make your answers relevant
Organize your answers in a more coherent manner