Penerangan ringkas tentang ujian Penulisan IELTS Akademik
Tempoh: 60 minit
Ujian Penulisan IELTS Akademik terdiri daripada dua tugasan. Topik dalam tugasan ini berkaitan dengan bidang pengetahuan am dan sesuai untuk calon ujian yang akan melanjutkan pendidikan tahap siswa dan pascasiswazah atau mereka yang ingin memperoleh pendaftaran profesional. Respons/Jawapan kepada kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dengan gaya formal.
Tugasan 1
Anda akan diberikan graf, jadual, carta atau gambar rajah dan diminta untuk menerangkan, meringkaskan atau menjelaskan maklumat menggunakan kata-kata anda sendiri. Anda mungkin diminta untuk menerangkan dan menyampaikan data, menerangkan peringkat-peringkat dalam sesuatu proses, cara sesuatu berfungsi atau memberi penjelasan tentang sesuatu objek, pelan atau reka bentuk.
Tugasan 2
Anda akan diminta untuk menulis karangan sebagai respons terhadap sesuatu pendapat, hujah atau masalah. Anda akan menyokong hujah anda dengan contoh yang relevan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda sendiri.
Meringkaskan fakta atau angka dari maklumat grafik
Dalam Tugasan Penulisan 1 ujian IELTS Akademik, anda akan ditunjukkan satu gambar rajah, iaitu cara visual untuk memaparkan maklumat. Anda mungkin ditunjukkan satu atau lebih gambar rajah. Maklumat visual ini boleh ditunjukkan sebagai:
Jadual
Carta
Gambar rajah
Proses
Graf
Peta
Anda juga akan diberi arahan, jadi ringkaskan maklumat yang anda lihat dengan memilih dan melaporkan ciri-ciri utama yang anda perhatikan, dan buat perbandingan jika relevan. Anda perlu membuat pemindahan maklumat – maklumat visual yang diberikan perlu disampaikan dalam bentuk teks.
Untuk melengkapkan tugasan dengan jayanya, anda perlu:
Tulis pengenalan
Tulis gambaran keseluruhan (ringkasan dari apa yang anda lihat)
Sampaikan dan tekankan ciri-ciri utama dengan menggunakan angka (data)
Anda perlu menulis sekurang-kurangnya 150 patah perkataan dan jawapan hendaklah ditulis dengan lengkap, tanpa poin ringkasan atau nota.
Menulis karangan
Dalam Tugasan 2 ujian Penulisan Akademik, anda diminta menulis karangan sebagai respons/jawapan kepada sesuatu pendapat, hujah atau masalah. Karangan harus ditulis dalam gaya akademik atau separa formal. Topik adalah mengenai isu-isu yang relevan dan menumpukan pada aspek tertentu topik. Sebagai contoh, jika topik adalah mengenai komputer, tumpuan yang diberikan adalah pada aspek tertentu dan bukannya menulis mengenai komputer secara umum.
Arahan tugasan memberi anda maklumat mengenai soalan dan menerangkan cara untuk anda membincangkan topik tersebut dalam karangan anda. Anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat berdasarkan fakta, menggariskan dan menyampaikan penyelesaian, mewajarkan pendapat atau menilai bukti dan idea. Penting untuk anda melengkapkan tugas dengan teliti menggunakan idea dan contoh yang relevan bagi menyokong hujah anda. Idea anda harus disusun dengan jelas, menggunakan perenggan untuk setiap idea. Anda hendaklah menulis sekurang-kurangnya 250 patah perkataan.
Anda dinilai berdasarkan kemampuan anda untuk mengikut format penulisan karangan Bahasa Inggeris, menyusun dan menghubungkan maklumat dengan cara yang sesuai, menggunakan bahasa dengan tepat dan sesuai bagi menyampaikan idea serta pendapat anda.
Contoh soalan
Tugasan Penulisan 1:
Tugasan Penulisan 2:
Can I retake IELTS Writing only?
Yes, IELTS does allow retaking of individual test components.
You're eligible to book IELTS One Skill Retake after you have recently completed a full test on computer and received your IELTS test score, from an eligible test centre. You must book your IELTS One Skill Retake within 60 days of your original test date.
You can check more details about IELTS One Skill Retake here.
IELTS Writing sample answers
Looking for IELTS Writing sample answers? With IELTS Prepare, you have access to a range of preparation materials at your fingertips: from practice tests, sample answers, videos and articles, all the way to expert assessments, online courses, webinars and more.